Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar
tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang
diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-sholeh, bekerja denganNYA dan
untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang
benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh),
perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.
Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam.
Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid.
HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak
sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna,
seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir
dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang
diwarisi HAB.
Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh
juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak
koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan
cendekiawan.
Adik beradik Hassan Al-Banna adalah :
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya
bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorang peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorang peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi
pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan
oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri
majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan
al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia
25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang
kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai
tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan
British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum,
sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti
yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar
Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat
terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya
peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan
dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh
Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998,
28-30)
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan
sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan
peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram
al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui
pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata
pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan
dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad
Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-‘Ulum, dia menulis bahawa dia
bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa
dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber
kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927
dan diberikan jabatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan
di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969,
6)
Al-Imam Hassan al-Banna kemudian menubuhkan gerakan Ikhwan
Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23
tahun.
Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat
pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan
adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan
abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya
serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja
sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk
keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.
Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya
beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan
belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar
membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk
mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.
Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada
tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu
Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz
Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz
dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan
al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan
pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932,
struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula,
Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu
Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah
mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.
Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal
berterusan iaitu : –
1.
Baiki diri – 10 muwasafat
– aqidah sejahtera
– ibadah sahih
– akhlak mantap
– mampu bekerja
– berpengetahuan luas
– tubuh yang cergas
– sangat menjaga waktunya
– mujahadah li nafs
– teratur urusannya
– bermanfaat kepada orang lain
– aqidah sejahtera
– ibadah sahih
– akhlak mantap
– mampu bekerja
– berpengetahuan luas
– tubuh yang cergas
– sangat menjaga waktunya
– mujahadah li nafs
– teratur urusannya
– bermanfaat kepada orang lain
2.
Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat
fikrah Islam
– Dahulukan hak & Tanggungjawab
– Dahulukan hak & Tanggungjawab
3.
Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
– Amar Makruf Nahi Munkar
– Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebas tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7. Panji Islam kembali berkibar – satu
suara, perpaduan ummah
MOTTO IM :
- Allahu Ghayatuna
- Ar-Rasul Qudwatuna
- Al-Quran dusturuna
- Al-jihadu sabiluna
- Al-mautu fisabilillah asma’ amanina
- Allahu Ghayatuna
- Ar-Rasul Qudwatuna
- Al-Quran dusturuna
- Al-jihadu sabiluna
- Al-mautu fisabilillah asma’ amanina
Ruang lingkup dakwah IM :
- Dakwah Salafiah
- Tariqah Sunniah
- Hakikah Sufiyah
- Hai’ah Siyasiah
- Jamaah Riyadiah
- Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
- Syirkah Iqtisodiyah
- Fikrah ijtimaiah
- Dakwah Salafiah
- Tariqah Sunniah
- Hakikah Sufiyah
- Hai’ah Siyasiah
- Jamaah Riyadiah
- Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
- Syirkah Iqtisodiyah
- Fikrah ijtimaiah
yang melingkupi seluruh aspek….
PIMPINAN IM :
1. Hassan Al-Banna (1928-1949)
2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)
3. Umar Tilmisani (1972-1986)
4. Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)
5. Mustafa Mashur (1996-2002)
6. Ma'mun Al-Hudaibi (2002-2004)
7. Muhammad Mahdi Akif (2004 - sekarang)















